Wednesday, October 28, 2009

Wakil Daerah Segamat - 9W2IMN

Merujuk kepada perbincangan dengan rakan-rakan ham di Segamat pada Sabtu 24hb Oktober 2009 satu keputusan telah dibuat dengan melantik En Wagiman 9W2IMN sebagai wakil daerah Segamat berkuatkuasa serta merta.

Lanjutan dari keputusan yang dibuat telah dipanjangkan kepada pihak pengurusan Kelab Pemancar Felda Medoi (KPFM) dan bersetuju atas lantikan yang telah dibuat.

Surat lantikan yang ditandatangani oleh Presiden Astra 9M2RR ada ditangan 9W2ALS dan akan diposkan secepat mungkin.

Harap mendapat kerjasama dari rakan2 di Segamat atas apa jua perancangan dan keputusan yang dibuat bagi merancakkan aktiviti ham disana.

Terima Kasih

9W2ALS

No comments:

Post a Comment