Tuesday, October 20, 2009

LANJUTAN TEMPOH PEMILIHAN WAKIL ASTRA JOHOR DAERAH SEGAMAT

SALAM PERPADUAN salam rahmat untuk semua.

Dimaklumkan bahawa berdasarkan keputusan penyelarasan ASTRA Johor yang berlangsung di Muar tempohhari sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 10 Oktober 2009 memutuskan bahawa tempoh lanjutan diberikan kepada warga Ham segamat untuk mengadakan perjumpaan sehingga akhir bulan November 2009 bagi memastikan ada wakil untuk Daerah Segamat. 

Pihak Astra Johor akan menghantar email dan makluman kepada warga ham segamat tempat dan tarikh serta masa yang diputuskan kelak bagi melantik wakil astra johor daerah segamat.

Matlamat ASTRA Johor memberi peluang kepada semua warga Ham segamat memilih wakil yang pada pandangan mereka sesuai bagi mewakili mereka dalam urusan daerah segamat terutama dalam komunikasi kecemasan.

Diharap semua warga Ham segamat dapat membuat kemaskini daftar yang disediakan. semoga dapat surat atau email dapat disampaikan kepada tuan puan dengan kadar yang segera.

Daftar ini tidak mengira sama ada sahabat ahli atau bukan ahli. Ia terbuka kepada semua warga ham dan swal.

sila daftar nama segera untuk membantu kami menghantar jemputan majlis perbincangan astra johor daerah segamat dalam tempoh yang terdekat.

terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan.

73

No comments:

Post a Comment