Wednesday, October 28, 2009

Wakil Daerah Segamat - 9W2IMN

Merujuk kepada perbincangan dengan rakan-rakan ham di Segamat pada Sabtu 24hb Oktober 2009 satu keputusan telah dibuat dengan melantik En Wagiman 9W2IMN sebagai wakil daerah Segamat berkuatkuasa serta merta.

Lanjutan dari keputusan yang dibuat telah dipanjangkan kepada pihak pengurusan Kelab Pemancar Felda Medoi (KPFM) dan bersetuju atas lantikan yang telah dibuat.

Surat lantikan yang ditandatangani oleh Presiden Astra 9M2RR ada ditangan 9W2ALS dan akan diposkan secepat mungkin.

Harap mendapat kerjasama dari rakan2 di Segamat atas apa jua perancangan dan keputusan yang dibuat bagi merancakkan aktiviti ham disana.

Terima Kasih

9W2ALS

Tuesday, October 20, 2009

LANJUTAN TEMPOH PEMILIHAN WAKIL ASTRA JOHOR DAERAH SEGAMAT

SALAM PERPADUAN salam rahmat untuk semua.

Dimaklumkan bahawa berdasarkan keputusan penyelarasan ASTRA Johor yang berlangsung di Muar tempohhari sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 10 Oktober 2009 memutuskan bahawa tempoh lanjutan diberikan kepada warga Ham segamat untuk mengadakan perjumpaan sehingga akhir bulan November 2009 bagi memastikan ada wakil untuk Daerah Segamat. 

Pihak Astra Johor akan menghantar email dan makluman kepada warga ham segamat tempat dan tarikh serta masa yang diputuskan kelak bagi melantik wakil astra johor daerah segamat.

Matlamat ASTRA Johor memberi peluang kepada semua warga Ham segamat memilih wakil yang pada pandangan mereka sesuai bagi mewakili mereka dalam urusan daerah segamat terutama dalam komunikasi kecemasan.

Diharap semua warga Ham segamat dapat membuat kemaskini daftar yang disediakan. semoga dapat surat atau email dapat disampaikan kepada tuan puan dengan kadar yang segera.

Daftar ini tidak mengira sama ada sahabat ahli atau bukan ahli. Ia terbuka kepada semua warga ham dan swal.

sila daftar nama segera untuk membantu kami menghantar jemputan majlis perbincangan astra johor daerah segamat dalam tempoh yang terdekat.

terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan.

73

Monday, October 5, 2009

10 OKTOBER 2009 Tamat masa untuk undi Pengerusi dan AJK Astra Johor Daerah Segamat

Tarikh undian dilanjutkan sehingga 10 Oktober 2009 ( Sila lihat ke bawah utk buat undian)

Sila buat undian anda. Keputusan akan dimaklumkan pada 10 Oktober 2009 di Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Astra Johor Daerah Muar pada 10 Oktober 2009 jam 8.30 malam.

Terima kasih atas undian anda tersebut.

Kerjasama anda amat diperlukan bagi memastikan Astra Johor dapat bergerak lancar dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk warga Ham amnya.

Salam Mesra, Salam Perpaduan

Satu Suara Satu Hati.

73

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN


MARI KITA ERATKAN PERPADUAN, MUAFAKAT MEMBAWA BARKAH.

SELAMAT HARI RAYA DAN BERMAAFAN SESAMA KITA MEMBINA HUBUNGAN BARU YANG LEBIH CERIA DAN KUKUH.

Sunday, September 13, 2009

UNDIAN WAKIL ASTRA SEGAMAT, JOHOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
'MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'
'BERSAHABAT MELALUI UDARA'

Diharap semua warga radio amatur Daerah Segamat, Johor dapat mengusulkan cadangan nama bagi perlantikan Ahli Jawatankuasa Astra Daerah Segamat, Johor.

Berdasarkan kepada perbincangan dan persetujaun yang telah dicapai dalam mesyuarat penyelerasan ASTRA Negeri Johor yang berlangsung di Segamat pada Julai yang lalu.

Dengan ini, pihak ASTRA Negeri Johor mengharapkan semua warga radio amatur Segamat dapat memberikan cadangan nama yanng sesuai mengikut citarasa sahabat sekalian.

Bagi nama yang tertinggi undian akan dilantik oleh ASTRA JOHOR sebagai wakil ASTRA Segamat kepada warga radio amatur Segamat.

Keputusan akan dimaklumkan selepas pengiraan yang akan dibuat pada 10 Oktober 2009.

Berikut adalah borang cadangan Wakil ASTRA Daerah Segamat, Johor. (CADANGAN HANYA AKAN DITERIMA OLEH WARGA ASTRA SEGAMAT SAHAJA)

* WARNA MERAH WAJIB DI ISI
* Jumlah undian akan diumumkan selepas tamat masa.
* Keputusan ddalah muktamad hasil undian warga ham segamat.
SILA BUAT UNDIAN WAKIL ASTRA SEGAMAT, JOHOR

NAMA ANDA
EMAIL ANDA
NO TELEFON ANDA
ALAMAT ANDA
PENGERUSI
CALLSIGN PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
CALLSIGN NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
CALLSIGN SETIAUSAHA
BENDAHARI
CALLSIGN BENDAHARI
AJK 1
CALLSIGN AJK1
AJK 2
CALLSIGN AJK 2
AJK 3
CALLSIGN AJK 3
AJK 4
CALLSIGN AJK 4
AJK 5
CALLSIGN 5
AUDIT 1
CALLSIGN AUDIT 1
AUDIT 2
CALLSIGN AUDIT 2
NOTA
Image Verification
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

SEMOGA ASTRA JOHOR TERUS MAJU

73.

DRP:

PENGURUS ASTRA JOHOR DAN WARGA KERJA ASTRA JOHOR