Wednesday, October 28, 2009

Wakil Daerah Segamat - 9W2IMN

Merujuk kepada perbincangan dengan rakan-rakan ham di Segamat pada Sabtu 24hb Oktober 2009 satu keputusan telah dibuat dengan melantik En Wagiman 9W2IMN sebagai wakil daerah Segamat berkuatkuasa serta merta.

Lanjutan dari keputusan yang dibuat telah dipanjangkan kepada pihak pengurusan Kelab Pemancar Felda Medoi (KPFM) dan bersetuju atas lantikan yang telah dibuat.

Surat lantikan yang ditandatangani oleh Presiden Astra 9M2RR ada ditangan 9W2ALS dan akan diposkan secepat mungkin.

Harap mendapat kerjasama dari rakan2 di Segamat atas apa jua perancangan dan keputusan yang dibuat bagi merancakkan aktiviti ham disana.

Terima Kasih

9W2ALS

Tuesday, October 20, 2009

LANJUTAN TEMPOH PEMILIHAN WAKIL ASTRA JOHOR DAERAH SEGAMAT

SALAM PERPADUAN salam rahmat untuk semua.

Dimaklumkan bahawa berdasarkan keputusan penyelarasan ASTRA Johor yang berlangsung di Muar tempohhari sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 10 Oktober 2009 memutuskan bahawa tempoh lanjutan diberikan kepada warga Ham segamat untuk mengadakan perjumpaan sehingga akhir bulan November 2009 bagi memastikan ada wakil untuk Daerah Segamat. 

Pihak Astra Johor akan menghantar email dan makluman kepada warga ham segamat tempat dan tarikh serta masa yang diputuskan kelak bagi melantik wakil astra johor daerah segamat.

Matlamat ASTRA Johor memberi peluang kepada semua warga Ham segamat memilih wakil yang pada pandangan mereka sesuai bagi mewakili mereka dalam urusan daerah segamat terutama dalam komunikasi kecemasan.

Diharap semua warga Ham segamat dapat membuat kemaskini daftar yang disediakan. semoga dapat surat atau email dapat disampaikan kepada tuan puan dengan kadar yang segera.

Daftar ini tidak mengira sama ada sahabat ahli atau bukan ahli. Ia terbuka kepada semua warga ham dan swal.

sila daftar nama segera untuk membantu kami menghantar jemputan majlis perbincangan astra johor daerah segamat dalam tempoh yang terdekat.

terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan.

73

Monday, October 5, 2009

10 OKTOBER 2009 Tamat masa untuk undi Pengerusi dan AJK Astra Johor Daerah Segamat

Tarikh undian dilanjutkan sehingga 10 Oktober 2009 ( Sila lihat ke bawah utk buat undian)

Sila buat undian anda. Keputusan akan dimaklumkan pada 10 Oktober 2009 di Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Astra Johor Daerah Muar pada 10 Oktober 2009 jam 8.30 malam.

Terima kasih atas undian anda tersebut.

Kerjasama anda amat diperlukan bagi memastikan Astra Johor dapat bergerak lancar dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk warga Ham amnya.

Salam Mesra, Salam Perpaduan

Satu Suara Satu Hati.

73