Thursday, January 21, 2010

Segamat Digipeater 9W2SGT-4

Kami di Daerah Segamat sedang menjalankan liputan APRS menggunakan Digipeater 9W2SGT-4, ianya masih lagi didalam peringkat ujian liputan dan penyelanggaraan.

Apa itu APRS?

Ia adalah singkatan Automatik Packet Report Sistem, yang menggunakan komunikasi mode digital dipanggil packet radio. APRS amat berkait rapat dengan penggunaan GPS. Ini adalah kerana ia memerlukan Latlong untuk menentukan kedudukan sesebuah station atau objek. Selain menerima dan menghantar becon, APRS ini juga boleh menghantar dan menerima text message dan menghantar email melalui digipeating. Selain daripada itu, station yang aktif monitor di APRS boleh mengetahui keadaani cuaca disekitarnya melalui WX station yang ada di APRS. Propogasi rf, kejadian gempa bumi, ribut dan sebagainya boleh dilaporkan melalui sistem APRS. Audio didalam mode ini boleh didengari dengan clik disini.



No comments:

Post a Comment